aku terasa nak tulis dlm bm. peduli la kan. blog aku. tak caye cube baca apa aku tulis kt tepi tu.
aku terasa nak ckp psl kawan2 baik aku. been meaning to do this special post yonks ago tp baru skang mcm ada masa, sebelum ni aku buat apa smp tak cukup masa pon aku tak tau. aku bahagikan kepada kawan semasa budak2, pertengahan sehinggalah sekarang dewasa. and this will be a long entry. don't say i didn't warn you.
dari kecik.
farizatul shima - chima. ye, minah ni jiran aku je sebenarnya. start kenal time darjah 3 kot? shoot me if im wrong. jarak rumah hanya 20kaki sahaja. bergosip setiap ptg suatu kemestian walau takde gosip pon ttp bertandang ke rumah menghabiskan masa dan beras. die ni muda 2thn dari aku tapi org slalu ckp aku ni adik dan die kakak (tlg jgn kecik hati chima). time aku form3 dan die form1, kitorg slalu main skate (very the tomboy-ish i tell you) kat park near our house area. padahal papan je bawak turun gelongsor konon jadikkan skateboard. ape kene dengan kitorang time tu pon aku tak taula. mungkin pada ketika itu masih mentah. beli burger merayau naik basikal bersama jiran lagi sorang si idzihar. tu lg mastermind. tp waktu tu mmg best gila la.
----------------------------------------------
smk convent.
nurul shaidatul shima - shima. introduction kami mmg hebat. girl fight. aku berebut kerusi dgn kawan dia dan dia pertahankan sgt kawan dia tu. well, i won la kan. hahaha. gile kecik2 dah bitchy. bile nak bawak bertaubat ni. time tu still kt smk raja muda musa. perhhh skola tu teruk sial. nasib baik aku dpt offer masuk rancangan khas kt convent. but guess what? aku jumpa lg minah ni 1st day. ya allah. aku rasa sedikit menyampah ketika itu. masuk kelas mmg tak ckp. group lab sanggup cari member lain tu. tp last2 jadi bff! mmg takleh dipisahkan. balik skola kul2 mcm tu.. kul4 sure gayut. kejap2 call tanya soalan math camne nak buat? hahaha. kitorang sama pegi tusyen. kira mcm di mana ada shima, di situ ada eena. ye kanak2, pepatah baru. aku ingt lg time aku kene tuka kelas masuk 5kimia, die 5fizik (gile bodoh aku turun kelas), die nangis gile2 kot siap merajuk lg. ish2. dkt spm lak aku, dayah n izzatie (anak cikgu maria yg kitorg leh tetibe terbaik) pegi study group kt umah kosong.. konon nak spm kene fokus. ingt tak kite tusyen kt umah cikgu usop weh? berjalan kaki gi umah die. hehehe. tapi kalo dah malas tu, malas jugak (aku je). tu sbb spm kantoi.
ainil hawa - ainil. die ni mmg aku dah kenal dari darjah5 kat sk sul abd aziz sebab die ni mcm gatal. hahaha. tak tak ainil. tapi lain kelas. so masuk form1 kt convent terus kamcing. mmg takleh dipisahkan gk. masa form1 & form2 kan skola ptg so naik bas, kelas kitorang semua melayu, ade 20++ je budak so port kitorang adalah kantin. minah ni ske la bawak nasi goreng kunyit die tu. kitorang mcm wow terer sial kau masak. mmg sape yg terer masak time tu agak dikagumi la. die ni ketua kelas dari form1-form3. aku lak penolong ketua kelas. hahahah. nampak tak keserasian di situ. aku n die ade minat sorang bdk st. anthony(all boys school in front of convent) nama azran. die ni slalu pakai baju melayu kaler peach lalu depan skola kitorg gi smayang jumaat. ya, di waktu itu jugalah tiada sape leh ganggu kitorang sbb time tu pastinya kami berada di tingkap skolah utk histeria betapa hensemnya die pakai baju melayu yang setiap minggu dipakainya itu (tak basuh ke apa woi tp takpe kau hensem dimaafkan)
nurainina - nina. aku dah lost contact. sedih.. tak rapat dah. tp dulu die ni dari aku darjah 5 sampai aku form3 kawan paling baik aku. mmg baik gile nak mati la. tp form4 die masuk mrsm taiping. last2 jadi cenggini. sobs sobs..
nurul asmida - asmid. sesi berkenalan di smk raja muda musa gk. time tu aku rasa aku poyo gila tak abes2 dok cerita kat dia yg aku minat spice girls (WTF????). aku rasa mesti die meluat kt aku time tu. die ni mmg lawak nak mampos. aku slalu lepak umah die. tak tau nape tp mcm best. nama panggilan kt umah ayang..wowowowo
okay, kawan2 aku di atas tu sebenarnya groupie aku time form3. kitorang ada nama timangan iaitu [zanis] - zaireena (of course), asmida, nina, i-nil (ainil saje je buat gempak) dan shima. kitorang mmg rapat gile nak mati. pegi rehat semua sama2. pegi kelas komputer sama2. pegi pekan lepak kompleks sama2. oh ohh aku ingt time tu dkt nak pmr rasanya. si nina ni naik basikal ke rumahku, aku n nina gi umah ainil, then umah shima n umah asmida. kitorg ade konon good spot lahhh, kene masuk ceruk mana tak tau yg pastinya tetibe aku kene kejar anjing. bkn 1 tp byk woi. aku siap mintak tlg lagi. perhhh bersungguh btol anjing tu kejar aku. shima yang tadinya kt blakang aku terus memintas sambil nina terhuyung-hayang kt seat blakang. aku terus letak basikal lari dan aku tgk shima berlari mendapatkanku (mcm mak plak kau shima). pehhh tobat dah tanak pegi picnic pastu. lepastu duduk 15minit je kot terus blah sbb jiwa kacau ada lebah. ruin btol. nasib baik result pmr aku ok. kalo tak, mau aku salahkan lebah tu.
---------------------------------------------
nor hidayah - dayah. ive started this close to her since we were classmates for 2years, both form4 and form5. mmgla satu kelas magenta dari form1-form3 tapi die lebih rapat dgn lin & fara. pastu masuk matrik pon same2. kat matrik mmg makan malam same, outing same2. spt biasa tiru tutorials die, aku kan pemalas. pegi bilik org mencari jawapan tutorial aje. sape yg dah siap tu nasib aaa. die ni nak kata lembut tak kot, ganas je (sorry rahsia kau berpura-pura lembut sudah terdedah). die ni takut lintas jalan. baru2 ni plak aku gi umah die time nak anta aku keluar, ade sekor lipas tgh jalan2, housemate die ckp lipas! kelamkabut minah ni cengkam tangan aku smp merah dohhh dan terkinja-kinja melompat. harap je badan lg besar dari aku tp takut lipas (tlg jgn tanya apa aku buat kat die pulak). oi, ingt lg tak kejadian potong ikan bilis kat umah aku? hahahaha. kalo tanak aku cite, ko kene blanje aku.
noor hazlin - lin. alahai. lembut nak mati. nak marah pon tak sampai hati (omg, that's rhyme). aku rapat sebab time form5 aku naik bas sama dgn die. satu kelas magenta gk. pastu aku gi program khidmat sosial dgn die. satu mak angkat semua la. apa leh aku kata die ni baik orangnya. bertuah la sape dpt ko dahla terer masak.
nor farazura - fara. die ni ya allah. tak berenti ckp. ade skali tu smp aku tertido pon die kejut utk dgr die bebel. hahaha. nasib baik kau kawan baik aku kalo org lain mmg pelempang dah. kalo time kt UM, die ni ske dtg menyebok bilik aku so dari situ mulalah tangkap gamba tak henti2. utk syok sendiri kot. minah ni juge sgt pemes time kt convent dan juga st. anthony? hehe. tp.. kau slalu tido dlm kelas kan fara? haha
sebenarnya satu kelas magenta 19org tu mmg rapat gile. dtg skola ari2 semangat. tak dtg sehari rasa rugi n bersalah gile. kitorg ni mcm family la. bergosip tak hengat dunia. kalo time thomas cup tu, aku ingt lg si baity n si afzan ni sanggup gunting paper sbb taufik hidayat pujaan dorang. si sofiah tak abes2 jadi ceti smp mengundang kemarahan segelintir daripada kami. 3magenta 2000 mmg best gile nak mati. saat2 tu mmg tak dpt diganti. i miss you girls ;(
-----------------------------------------------
matrik penang.
nor efariziana hawa - efa. plsssss. she's like my best friend forever! aku kenal time matrik tp mula2 aku dgn geng lain tp aku tak brape masuk dgn geng tu sgt (dtg awal ke kelas, duduk row depan.. plsss so not me!). pastu nadia ajak gi overnite kat penang and i need companion.. at first aku ajak ira. tp bile pikir2 blk, ajak efa ni. perhhh. terus masuk satu kepala weh! best gile. balik dari overnite tu mmg mcm belangkasla. di mana ada efa, di situ ada eena (perubahan pepatah berlaku di sini). kalo ade gap between class ke mesti lepak bilik die, makan nasi RM1 tu. hehehe. terima kasih nadia kerana menemukan kami berdua. macam lesbian lak tp sgtlah tidak ye. aku straight. dan kitorang still rapat smp skang. i'm glad to have you in my life lahhh :D
siti rahimah - ema. spt biasa mula2 tak rapat pastu terus masuk geng. die ni sgt berdikari, aku kagum. teringat lak time kite sewa basikal round kmpp weh.. lepak2 kat tasik sambil mkn keropok leko. aku penah gi umah die skali. tp lepas matrik, penah jumpa skali jer tu pon time 1st year. aku sedih ;(.. ingt satu kejadian yg tak dpt dilupakan! time tu aku kene overnite dgn nadia n irfah kat penang. tetibe nadia sms ckp "kalo ko nak ajak ema, ajak la skali". perhhh. terus melompat kami berdua. mcm apa je. dkt komtar lagi satu kejadian. time tu irfah tgh tgk buku, aku sebelah die. tetibe die mcm nak jatuh tp tanak jatuh tp mcm nak jatuh, die tarik aku, aku tarik ema. terus jatuh kami semua. hahahaha. pastu malam tu lepak makan nasi kandar kot. pastu kitorang berempat nak blk hotel la kan. pastu konon2 nadia rasa mcm ada orang gila kejar la. terus kitorang lari beriya2 smp semput. padahal takde ape pon. ilusi semata-mata.
nur aimi - aimi. die ni penolong ketua kelas time matrik. die ni mcm gelabah skit (i still love you). dan sgt rajin! no wonder kau 3 pointer kan aimi. tp kesian slalu dibuli oleh budak2 laki kelas kami. tp die ni tahan je. skang contact thru friendster je. sedih tak
nadia. minah ni tgk skali muka garang. tp kelakar nak mati. aku rasa setiap perkataan yg kuar dari mulut die sure aku gelak. slalu blanje. terima kasih nadia (baru skang nak terima kasih). kami mmg rapat sbb die rajin sewa hotel2 kat penang dan aku mmg menumpang sekaki. dgn die ni mmg byk sgt pengalaman! mula2 aku saje je ikut die pegi gig kt penang (tak pegi pon lepak hotel je). time tu dgn wanlah, syed, latip, pakya, chair, aku, die n efa. start dari situ kitorg mcm rapat. sampaikan cikgu tusyen die dtg penang (yes, she has personal tuition teacher) pon die ajak kami. 1st year n 2nd year masuk UM kitorang still lagi berjumpa tp lepas2 tu.. dah tak dah sebab masing2 mcm super busy. one more ingat lagi tak? (hanya syed, raudhah, wanlah, nadia n my ex yang tau)
norisa - kak sa. die ni rumet time matrik. sumpah apa die ckp aku tak paham sbb slang kelantan die pekat sgt. mula2 tu aku siap mintak tuka bilik lg sebab takleh tahan 3orang rumet kelantan tp ya allah sumpah dorang ni la rumet paling best! aku rasa mula2 die kene tindih dulu kot.. then baru aku. pegh. we had a creepy room (paling atas, paling ujung A2.4.16). die ni satu kuliah dgn aku. slalu la jerit2 dlm kuliah tu panggil2 nama dia. hehehe. oh, kenapa kak sa. sebab die peralihan arab dulu.
tuan noor juniraimi - kak ju. die ni alim. budak tilawah katekan tp dah namanya kawan dgn aku mestilah rock jugak. dorang slalu dengki dgn aku sebab aku ni kejenye asyik tido, merayap bilik orang sedangkan die berhempas pulas menghapal nama2 sel dalam tumbuhan (thank god i was in physical stream). kitorang penah bergadoh. sebab sorang laki. bodoh gila. die gi sound aku mcm marah la sebab aku mcm main2 dgn mamat sorang ni (adik angkat die), aku kan pantang org marah aku. aku sound die blk ckp sukati aku aa kan, kak ju pehal? takyah aa masuk campor. terus silent treatment. tak sampai 15minit die bg sms ckp sebnrnya die suke jugak kt budak tu n die jeles la. hehehe. tp mmg btol pon aku main2 je dgn budak tu. budak tu pandai kan so aku gunakan die utk ajar aku kimia kat library. ihiihih.
khairul bariyah - maria. die ni gile sket. die la tlg memahamkan komunikasi di antara aku n kak sa. kadang2 die menjerit tgh2 malam. kitorang dah biasa. kadang2 die ajak aku menari tgh2 malam. aku layankan aje. kadang2 tgh die syok baca buku, terus nyanyi kuat2. time die tensen, aku bawak die gi tepi gurney drive. time aku nyaris break up dgn bf aku time tu (now ex), die la yg tlg call and settle kan. tp naik sem2 tu die nak berhenti matrik (due to something), aku punyala sedih gile tak hingat sebab takde sape dah nak bising tgh2 malam. tapi akhirnya tak jadi. tapi masa last day kat matrik tu. aku nangis gila babi sampai dorang semua tekejut. err malu sebentar.
sebenarnya selain dari 3mg 2000, time matrik ni la jugak best. best gile kot. apa yang tak bestnya, tiap minggu outing, praktikum best gile. F6P7 aku still ingt koranglah! budak2 laki n pempuan mcm rapat gile. tp malangnya we didn't have a proper goodbye. terpaksa berlerai akibat warden dah marah lewat sgt. penang, i shall visit you soon!
---------------------------------------------
masuk UM.
nur aaqma - emma. 1st intro agak lawak. "awak cina ke?" aku bertanya. bangang tak. apa masalah aku time tu? die ckp tak, melayu. hmm. die ni satu group dgn aku time orientasi. time tu dah start rapat. dahla time tu AF2 tgh hangat, mmg berborak pasal tu jela. dari orientasi, tinggal satu floor sama, makan sama sampailah masuk kuliah pon same! 1st week orientasi die dah bawak gi umah, jalan kaki je. umah depan UM katekan. dkt umah mmg berbahasa sarawak la. mula2 agak blur lama2 dah tau la. terutamanya "paloi". hahaha. itu jela yg aku tau kan. makanan2 sarawak rasanya semua kot aku dah makan. termasuk gam. aku lupa apa nama saintifiknya. makan benda tu perhhh semua tgk aku suruh telan jangan kunyah sbb nanti terlekat. tak taula dorang tipu aku ke tak tp aku cuak kan so telan jela. mmg dah terbiasa dgn family minah ni sampaikan setiap minggu kot lepak umah die. kadang2 rilek je "wey bosan nak lepak umah kau, amik aku". haha. kalo bersembang mau pukul 4pagi kot baru leh tido. die ni sgtlaaa baik. bff gk! time aku dikecewakan, die sentiasa ada. selalu tanya aku "kau ok eena?" setiap minit. kitorang rapat smp gi shopping pon dgn mak bapak die. ihihi. oi nak tido lagi umah kau nanti
nurul nadia - nadia/ketam. nama glamer ketam. sebab die ske sgt cubit. dtg melawat bilik aku sure cari megi. suke buat lawak bodoh smp aku tanak gelak dahh cukup! time orientasi die ni takde tp masuk kuliah tetibe muncul, entah camne die leh terbaik dgn syima yang ketika itu aku dgn emma. tp kuliah ada lain2 so syima dgn aku n die dengan emma. so dari situlah kami geng 4org kemana sahaja.
wan nursyima emi - syima. disebabkan minah 2org atas tu umah kat bangsar n depan UM, tinggal la aku n syima je kesunyian kt kolej. so ape2 mmg kami berdua aa jugak. kelas pon kebanyakkannya sama. kelas repeat pon sama gk. hahaha. teringat time 1st time masuk kelas C++ puan azwina ajar. perhh. masing2 muka kerut tak paham apa. dgr cite emma n ketam dgn cik bad lagi menakutkan! die ni penah jugak jadi rumet ku utk 2sem. senang aku nak mintak bekalan makanan n jimat kredit sms aku. hehehe. bangun2 pagi je tgk muka dia. ape2 rahsia sepanjang berada di UM die tau kot.
khizer. die satu group gk time orientasi. satu kmpp gk. die tak kenal aku tp aku kenal nama die je sbb kat matrik mcm glamer sbb band 6 muet. saje je kaco2 mamat ni skali leh terlekat lak dgn kitorang smp skang. so kalo tgk movie tu mmg die tetibe sorang je laki aa. penah satu malam tu celebrate birthday emma kat murni. aku, syima n emma satu kete. die n nadia satu kete. bile lalu tepi, die bukak tingkap n ckp "hai, brape satu malam?". ape lg. mencarut bertubi-tubi la. mesti kau dah lupa kan khizer. mamat ni mcm matang gile kot. bercakap pon mcm pikir panjang je. tak complex terus jadi complicated gile smp kitorg pon tanak pikir.
yusmarlaily - yus. aku rapat sebab last sem die satu floor dgn aku. and kitorang pon amik ko-k sama2. so setiap ptg selasa tu berjalan lah kitorg sambil bergosip n praktis menari (patutla orang dok pandang2). die ni sgtlaaa ringan tulang. selalu pegi pasar malam kerinchi dgn die. rindu la kt kau
saparina - sap. ni junior rumet. sgtlah happy go lucky. walau sedih ttp buat lawak. masa 1st dapat wireless tu die la peneman aku. mana taknye, due2 kaki chatting. chatting smp subuh tak hengat. kadang2 kami chatting sesama sendiri. gile ape. sue slalu ckp die adik aku sbb aku borek die rintik. camtu aa. hahaha
suhaida - sue. die nih bakal ustazah. jgn main2. tp rock. loghat kedah pekat gk. setiap masa sms dgn pakwe die. study sgt rajin. pendengar setia masalahku. kire mcm kalo salah sorang takde dlm bilik tu sure tanya "sue mana? sap mana?". kalo cukup bertiga mmg kecoh gile la. orang ni dok pangkah ni yang tu dok pangkah hat tu. yang slalu jadi mangsa sue ni la. hehehe. maap sue. kami main2. kalo ade benda baru seperti baju/kasut sure aku tayang kt dorang smp dorang menyampah n ckp "malam ni tgkla hilang satgi". sampai ati korang.
waktu di UM best jugak. dengan dorangla my 1st trip to PD. time tu 1st year 2nd sem. pegi gamble aje. gado2 baik jugak. sepanjang kt UM, aku ade perhatikan gk group mana paling bertahan sbb kadang2 ade clique yg tak menjadi tp alhamdulillah kitorang leh bertahan smp skang :) dan trip kedua to tioman. lagi merapatkan aku dgn sya, ecah n fana.
erm. thx la korang sebab entertain akunye gedikness/poyoness. PANJANG GILE. ok stop.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
wey, pjg gile entry.
aku bace ok.
u have to give me credits.
haha..
btol2, clique ko je kot yg from 1st sem sampai skang still lg tahan.
wateva it is, frens foeva.
woo hooo...macam bace karangan...bole dpt a1 nih...hahaha...aku prasan ramai kwn ko name syima eh...
wes...redang aka rendang(trademark aku) next year babeh.nantikan
dan tidak dilupakan kpd farah dilla yg slalu bergosip dgnku. hehehe. oi, A1 ko ckp? spm aku pon B3. aku rasa aku dah praktikkan bahasa ibunda aku sepenuhnya. maybe terlalu byk pepatah merepek. erm. redang hell yeah!
yup.. clique ko je sampai skrg bertahan.neway, congrats tuk ko nye bcoming graduation :)
Post a Comment