Thursday, April 16, 2009

argh

semalam aku tgk friday 13th. tak takut sgt. aku still leh tgk dgn mata terbuka. time nak bli tiket dgn housemate aku :

kitorang : cite friday 13th
orang jual tiket : pukul 7.35
kitorang : ye
orang jual tiket : brape orang? dua?
kitorang : ye
orang jual tiket : seblom tu nak tanya, sekolah lagi ke? (sambil fokus aku)
aku : ???????????!!!!! (melambangkan muka bengang)
kak ina : jangan risau kitorang semua dah keje
orang jual tiket : oh ok.

WHAT THE... !!!! so kak ina pon buat teori sebab aku pakai tshirt bkn baju kurung tu sebab die ingt aku still errr budak skolah? omaigod. pls la. dah 7thn aku tinggalkan sekolah menengah ok. argh! bloody hell sungguh.

hari isnin haritu aku tgk jgn tegur. 80% aku tutup mata. dah sedar diri mmg pengecut tp nak tgk gak. nasib baik tak teringat sgt. tp ni kot cite mlayu paling aku takut. tang julia kene rasuk duduk ujung katil jelir2 lidah hasut ustaz eiii time tu mmg tutup mata sepenuh hati siap nyanyi2 lg sebab tanak dgr sound effect. hehehe. aku tringat time UM dulu. aku penah 'terserempak', time tu aku dgn emma n syima, berjalan dari kolej10 ke kolej8. dahla maghrib, elokla sgt. tetibe aku rasa semacam, pandang belah kiri fulamak ade pocong siot. aku menggigil, tak mampu nak berkata apa2 tp still berjalan buat takde ape. tetibe emma tegur 'kau kenapa muka macam nampak hantu'. lerrr boleh plak minah ni tanya. nak je aku tunjuk pocong tu tadi. tp aku rilek lg. sampai depan kolej aku bgtau dorang, terus bertempiaran lari. dah agak dah. pastu lg sekali tgh mlm, time tu aku dgn erm.. seseorang. pastu tetibe aku nmpk ade makhluk yg sgt tinggi, dkt nak sama tinggi dgn tiang lampu, pakai baju putih, kepala mcm alien berjalan dpn fac law. mana mak tak cuak. esoknya demam terus. uhuhuh.

di sini, aku nak ucapkan tahniah pada azza sbb pregnant! teringat conversation kitorang time kenduri kawen dia. hehehe. tak sangka. tahniah ok. dan juga kak ijah (emma's sis) yg dah melahirkan baby girl semalam. tahniah tahniah! dan aku rasa baya pon tgh pregnant. tahniahla semua yg tgh pregnant skang.

aku ni sbnrnya tak ske ulang apa yang aku dah cakap. kalau kau tak dgr, dah. tu kau punya psl. aku serious malas gila nk ulang. aku akan sakit hati. kadang2 aku buat tak tau je. aku benci gila kalo aku kene ulang apa yg aku cakap. so kalo korang tak dgr 1st time aku ckp, sila jgn tanya lg sekali. aku tak suka. ok tengs

5 comments:

e.t.t.y said...

ko ni ala2 ghost whisperer eh??

Emma Manson said...

syok gak kau dapat tengok masa tu. aku tengok keliling takde apa pun masa tu. hehe.

cik shima said...

ko tak cite pun ko penah nampakk??!!
kat umah sewa aku pun ade taw.

sereemmmmmm~

Farfar said...

perenggan atas aku baca, ok je. tetibe yang bawah sekali ngamok pulak. haha...eena dah ada feeling. tahniah ena.hehe...meow2

eena said...

baity.. tanak aku. menakutkan!

emma. syok????? aku menggigil gila kot time tu. hahaha. ko tgk keliling kt mana pon time tu. aku bgtau pon depan tangga nak pegi kolej8 tu. uhuhuh

ye ke chima? ko pon tak cite kt aku!!!

ko ni pengkritik ke ape fara. haha